Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti baru Mahathir dilanda skandal seks

Dec 27, 2016 | 12:48 PM



KUALA LUMPUR: Baru empat bulan ditubuh, parti mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), diselubungi skandal seks melibatkan seorang pemimpin wanitanya, Cik Anina Saadudin.



Dakwaan mesej teks seks antara Cik Anina dengan seorang lelaki tersebar di WhatsApp dan blog pro-Umno memaksa PPBM menggugurkan beliau hujung minggu lalu sebagai calon ketua sayap wanita parti itu yang bakal dibentuk, Srikandi.



Cik Anina kekal sebagai anggota majlis tertinggi PPBM, yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir.



"Hanya parti bodoh akan tunduk pada skandal bodoh," kata Cik Anina, bekas pensyarah universiti, kepada Free Malaysia Today pada Ahad (25 Dis), sebagai respons.



Tiada maklumat mengenai usia atau status perkahwinannya.



Cik Anina memberitahu akhbar Sinar Harian awal bulan ini skandal itu tidak akan menjejas beliau selagi "anak-anak, ahli keluarga, pelajar dan rakan-rakan" menyokongnya.



Beliau dinamakan sebagai ketua sayap wanita pada 2 Nov, pada majlis pengumuman ahli majlis tertinggi PPBM, yang diluluskan penubuhannya awal September.



Dalam satu kenyataan pada Ahad, setiausaha agung PPBM, Encik Shahruddin Md Salleh, berkata ia belum secara rasmi membentuk sayap wanita.



"Oleh itu, kedudukan Anina yang disebut sebagai ketua Srikandi tidak harus timbul," ujar beliau.



Cik Anina mula terkenal selepas ucapan pedas beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat cawangan Langkawi Umno tahun lepas berhubung skandal rasuah Datuk Seri Najib.



Beliau menyifatkan Datuk Seri Najib telah "mengencingkan" ahli Umno kerana menyebabkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Beliau kemudian menyertai Tun Dr Mahathir, yang membentuk PPBM, yang diketuai presidennya, mantan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Skandal seks itu timbul sedang PPBM berusaha keras menarik Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyertai semula pakatan pembangkang bagi menentang Umno pada pilihan raya umum akan datang.



PAS kini berbaik dengan Umno selepas perpecahan pahit dengan parti pembangkan lain.



PPBM mungkin menghadapi lebih banyak perkara tidak menyenangkan.



Seorang bekas ahli terkemukanya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata pada Isnin (26 Dis) jika Cik Anina digugurkan kerana dakwaan seks, Tan Sri Muhyiddin perlu membersihkan namanya atas tuduhan baru-baru ini bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang beberapa tahun lalu, lapor The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >