DHAKA: Liga Awami kembali berkuasa di Bangladesh dalam satu pilihan raya kelmarin, yang bukan sahaja disifatkan pihak pembangkang sebagai satu "sandiwara", bahkan dicemari pertumpahan darah yang meragut sekurang-kurangnya 26 jiwa.
Keputusan pilihan raya kelmarin sudah dijangkakan setelah para pembangkang memboikotnya - sekali gus memberi laluan kepada 153 calon Liga Awami dan sekutunya dipilih tanpa bertanding dalam parlimen 300 kerusi negara itu.