KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mohon keizinan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen yang sedang bersidang dan akan berakhir pada 9 April ini untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hudud, mengetepikan Pakatan Rakyat (PR).
Datuk Seri Abdul Hadi menghantar surat kepada Parlimen semalam selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.