KUALA TERENGGANU: Seluruh jentera pilihan raya Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian, ujar pengarah pilihan rayanya, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata beliau sudah selesai mengadakan lawatan kerja ke semua negeri di Semenanjung bagi meninjau persiapan jentera dengan menjangkakan pilihan raya berlangsung sekitar September atau Oktober ini.