Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAS 'tiada selera' sertai gabungan kerajaan Pakatan

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mencemuh pelawaan Pakatan Harapan (PH) agar PAS menyertai gabungan itu, dengan mengatakan parti itu "tiada selera".



"Tiada selera, cukup itu sahaja," kata Ahli Parlimen (AP) Marang itu dengan ringkas kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini semalam, lapor Harakahdaily, akhbar terbitan PAS.



Beliau juga berkata PAS akan meneruskan langkahnya merasmikan kerjasamanya dengan Umno.



"Apabila tiba masanya, kami akan menjalin kerjasama. Pilihan raya umum masih jauh," kata Datuk Hadi, lapor The Star.



Dua parti itu sedang menyiapkan Piagam Umno-PAS bagi merasmikan kerjasama mereka. Ia dijangka diisytiharkan hujung bulan ini.



Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, juga menegaskan parti itu tidak akan menyertai PH yang memerintah, sebaliknya akan kekal dalam Gagasan Sejahtera dan akan terus berta'awun (tolong-menolong demi kebaikan umat) dengan Umno, yang merupakan anggota gabungan Barisan Nasional (BN).



Harakahdaily bahkan melaporkan AP Kota Bharu itu melahirkan rasa optimistik PAS akan membentuk kerajaan bersama Umno "sama ada sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan semestinya selepas PRU15".



PAS pada masa ini, kata Datuk Takiyuddin, akan tumpu sepenuhnya dalam menjayakan agenda perpaduan ummah bersama Umno.



Parti itu juga tidak akan meninggalkan parti lain BN - Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) - dan rakan-rakannya yang mewakili pelbagai kaum lain, termasuk dari Sabah dan Sarawak, ujarnya.



"PAS yakin muafakat nasional yang diterajui oleh Umno dan disokong oleh parti-parti lain kini merupakan pilihan terbaik buat rakyat ke arah negara Malaysia yang lebih sejahtera, aman dan makmur.



"Sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan momentum politik yang menyebelahi parti-parti blok pembangkang di masa ini membayangkan hasrat rakyat Malaysia yang inginkan suatu perubahan pada negara dalam waktu paling dekat," katanya, lapor Utusan Online.



Kelmarin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyatakan PH sedia membuka pintunya kepada PAS demi penyatuan umat Islam di Malaysia.



Namun, beliau berharap parti itu tidak meletakkan syarat ketat, termasuk meminta Parti Tindakan Demokratik (DAP) diketepikan daripada PH.



Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata beliau lebih berminat menarik wakil rakyat Umno menyertai Bersatu dan menyerahkan Parti Amanah Negara untuk "memujuk" PAS.



Bersatu, Amanah, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membentuk PH.



"Kami sentiasa terbuka dan pihak sana (PAS) pun perlu bertolak ansur tanpa menyisihkan kaum lain kerana kita berada dalam negara masyarakat majmuk.



"Kalau tak, bagaimana kita hendak membangunkan negara," kata Datuk Mukhriz kepada pemberita selepas satu majlis di Kedah.



Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa, juga dilaporkan mempelawa PAS menimbangkan tawaran menyertai PH supaya dapat menjadi kerajaan sedia ada.



Beliau dipetik media sebagai berkata ini masa terbaik untuk PAS dan pemimpinnya, jika tidak mahu perjuangan mereka lebih 60 tahun cuba menumbangkan Umno menjadi sia-sia.



Pada 5 Julai, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, menjemput semua orang Melayu bersatu di bawah partinya untuk mengelakkan masyarakat Melayu berpecah belah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >