KOTA BHARU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menegaskan parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponennya.
PAS Terengganu bersetuju sekiranya kerjasama PAS dan Umno dibuat atas dasar kebajikan dan kemasyarakatan yang membawa kebaikan kepada rakyat dan berlandaskan Islam.