Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pas tidak sokong usaha guling Najib

Mar 04, 2016 | 11:22 AM



KUALA LUMPUR - Parti pembangkang utama Malaysia, Parti Agama SeMalaysia (Pas), tidak akan bersekutu dengan mana-mana pihak termasuk bekas pemimpin Umno yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan melalui peti undi semasa pilihan raya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika menyatakan pendirian itu menjelaskan, walaupun berbeza ideologi politik, proses menukar sesebuah kerajaan mestilah dibuat melalui saluran demokrasi.

Serentak dengan itu, Pas turut membuat keputusan tidak menyertai pihak yang menganjurkan majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri yang dijangka berlangsung esok.

"Pas mengambil keputusan untuk tidak bersama kerana kami mempunyai pendekatan serta gerakan tersendiri dalam mengubah kepemimpinan negara iaitu melalui saluran demokrasi berasaskan Perlembagaan.

"Dalam hal ini, Pas konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai satu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengajak Pas turut serta menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri dalam usahanya menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, satu himpunan tertutup memprotes pentadbiran Najib juga dirancang diadakan 27 Mac nanti dengan bekas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baharu digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO mengesahkan akan hadir.

Datuk Takiyuddin dalam pada itu menjelaskan, Pas memilih untuk menghadap Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pendekatan lebih terhormat dalam mencari penyelesaian kepada beberapa isu yang dikaitkan dengan kerajaan.

"Pas akan menyembah cadangan supaya dibentuk Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat secara menyeluruh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana politik RM2.6 bilion dan kes SRC International," jelasnya. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >