KOTA KINABALU: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya "tidak menghalalkan" orang lain dan tidak setuju Parti Tindakan Demokratik (DAP) memerintah Sarawak.
PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera. Datuk Abdul Hadi berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.