Pasaran Asia jatuh selepas saham firma komoditi menjunam

HONG KONG - Syarikat-syarikat komoditi mendahului kemerosotan pasaran saham di Asia hari ini menyusuli kerugian yang dialami pasaran di Eropah dan New York, serta kebimbangan tentang pertumbuhan perlahan China yang boleh memberi kesan kepada ekonomi global.

Pasaran saham di Tokyo merosot 3.21 peratus, Hong Kong menjunam 3.42 peratus, Sydney turun 2.69 peratus dan Shanghai jatuh 1.48 peratus.

Pasaran saham Singapura juga merosot dengan Indeks Straits Times merosot 1.67 peratus di paras 2,745.40 pada 10.45 pagi tadi, Selasa.

Kejatuhan tersebut menyusuli kemerosotan pasaran saham di Amerika Syarikat dengan Dow Jones merosot 1.92 peratus, S&P 2.57 peratus dan Nasdaq merosot 3.04 peratus.

Pasaran di London, Frankfurt dan Paris semua merosot lebih dua peratus.

Kebimbangan dalam pasaran saham berlaku selepas China berkata keuntungan syarikat-syarikat perindustrian utama negara itu merosot 8.8 peratus bulan lalu - disebabkan oleh penurunan nilai Yuan, permintaan lemah dan kemerosotan pasaran saham. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.