Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasukan penyelamat Jepun bertarung masa cari mangsa terperangkap

Agensi Kaji Cuaca Jepun memberi amaran, gempa besar boleh melanda kawasan itu sepanjang minggu depan
Jan 02, 2024 | 04:39 PM



TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, berkata pasukan penyelamat sedang “berjuang melawan masa” apabila jumlah kematian akibat siri gempa bumi kuat, meningkat kepada hampir 50 orang.


Gegaran berukuran 7.6 magnitud, menggemparkan Jepun pada petang 1 Januari, merosakkan bangunan dan jalan raya, yang turut mendorong negara itu mengeluarkan amaran tsunami di sepanjang pantai.

Amaran tsunami kemudiannya ditarik balik, pada pagi, 2 Januari.

Perkhidmatan kecemasan bergegas untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah runtuhan, di wilayah Ishikawa di pulau tengah utama Honshu, pada Hari Tahun Baru selepas bangunan runtuh.

Beribu-ribu anggota tentera, bomba dan pegawai polis telah dihantar ke kawasan yang paling teruk terjejas, di semenanjung Noto, yang agak terpencil.

“Mencari dan menyelamat mereka yang terjejas oleh gempa bumi, adalah perjuangan melawan masa,” kata Perdana Menteri Encik Fumio Kishida semasa mesyuarat tergempar mengenai bencana itu.

Beliau menambah bahawa pasukan penyelamat mendapati sukar untuk sampai ke bahagian hujung utara semenanjung, kerana jalan raya yang rosak.

Tinjauan helikopter telah menemui banyak kebakaran dan kerosakan yang meluas kepada bangunan dan infrastruktur.

Agensi Kaji Cuaca berkata dalam sidang akhbar, bahawa lebih banyak gempa bumi besar boleh melanda kawasan itu sepanjang minggu depan, terutamanya dalam dua atau tiga hari akan datang.

Beribu-ribu rumah musnah di Jepun akibat gempa bumi sekuat 7.6 magnitud itu.

Di Suzu sahaja, sebuah bandar pesisir pantai dengan lebih 5,000 penduduk berhampiran pusat gempa, mungkin terdapat sehingga 1,000 rumah musnah, kata Datuk Bandar, Encik Masuhiro Izumiya. “Keadaan ini adalah malapetaka,” katanya.

Di seluruh wilayah Ishikawa, pihak berkuasa telah mengesahkan 30 kematian setakat ini, dengan separuh daripada mereka di Wajima, sebuah lagi bandar yang dilanda teruk di hujung utara terpencil di semenanjung.

Di Wajima, sebuah bangunan tujuh tingkat runtuh, manakala kawasan tengah yang terkenal dengan pasar paginya, musnah akibat kebakaran besar.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di beberapa bandar dan cuba membebaskan lebih ramai orang yang terperangkap dalam bangunan runtuh, kata pihak berkuasa pengurusan kebakaran.

Operasi penerbangan di lapangan terbang di Semenanjung Noto, telah dibatalkan kerana kerosakan pada landasan, terminal dan jalan masuknya, berikutan gempa bumi itu

Sekurang-kurangnya 500 orang telah terkandas di dalam kenderaan di tempat letak kereta lapangan terbang, sejak gempa bumi berlaku.

Selimut dan makanan telah disediakan kepada pekerja dan penumpang yang telah berlindung di kawasan tempat letak kereta, lapor Japan News.


Penerbangan tambahan akan dikendalikan antara Lapangan Terbang Haneda Tokyo dan Lapangan Terbang Komatsu di Ishikawa pada hari Selasa, kata pihak berkuasa. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >