LONDON: Mata wang paun sterling semalam susut di bawah AS$1.20 ($1.70) buat kali pertama sejak Oktober tahun lalu, selepas tersebar laporan bahawa Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, merancang keluar daripada pasaran tunggal Kesatuan Eropah (EU) demi mengawal semula sempadan dan undang-undang Britain.
Mata wang sterling merosot berbanding kesemua mata wang utama dunia selepas akhbar The Sunday Times berkata Cik May bersedia berundur daripada perdagangan bebas tarif demi membendung pengaliran imigrasi dan memeterai perjanjian komersial dengan negara-negara lain.