VATICAN CITY: Paus Francis akan bertemu pelarian Muslim Rohingya dari Myanmar di Dhaka apabila beliau melawat ibu kota Bangladesh itu minggu depan, kata jurucakap Vatican kelmarin.
Paus Francis, yang telah berulang kali bercakap mengenai penganiayaan ke atas kaum minoriti agama oleh pihak berkuasa Myanmar, akan bertemu sekumpulan kecil pelarian Rohingya semasa satu pertemuan antara agama yang dijadualkan pada 1 Disember.