NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam secara rasmi mengisytihar Boko Haram di Nigeria sebagai kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan Al-Qaeda serta mengenakan sekatan terhadapnya.
Keputusan itu dibuat sebulan selepas Boko Haram dilaporkan menculik lebih 200 pelajar perempuan di negara tersebut.