Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB gesa bebas Anwar

Kerajaan tegaskan penahanan bekas TPM disebabkan kes jenayah
Nov 02, 2015 | 04:10 PM



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggar undang-undang antarabangsa dan menggesa pembebasan beliau dengan segera.


Keputusan itu diputuskan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UNWGAD) yang menyifatkan perbicaraan membabitkan Anwar adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta.


Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut:


"Pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim adalah arbitrari... mengambil kira semua hal dalam kes itu, kumpulan kerja berpendapat jalan untuk membetulkan keadaan adalah membebaskan Saudara Anwar dengan serta-merta dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan kerja itu yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Cik Nurul Izzah Anwar, di Parlimen pagi ini.


Cik Nurul Izzah bersyukur dengan pendirian PBB itu sekali gus memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menurut saranan mereka.


"Pendirian tegas sebegini, bersolidariti bersama-sama Anwar menghantar satu mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan dunia," katanya.


Bagaimanapun, Kerajaan Malaysia enggan melayan permintaan supaya Datuk Seri Anwar menjalani tahanan rumah selepas didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, isu tahanan rumah tidak seharusnya ditimbulkan susulan masalah kesihatan yang dihadapi Anwar.


"Perbezaan kali ini, kes yang dijalani adalah kes yang melibatkan tuduhan seorang individu. Jadi kesnya adalah kes jenayah. Jadi soal sama ada beliau akan diberikan pengampunan atau diberikan tahanan rumah...saya rasa perkara itu tidak timbul.


"Hormati keputusan mahkamah. Kita pastikan beliau sentiasa sihat, kalau ada masalah yang memberikan bahaya kepadanya atau menyebabkan perkara yang serius, kerajaan akan pastikan beliau dapat rawatan yang sepatutnya," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) sama ada kerajaan berhasrat memindahkan Anwar yang juga bekas ketua pembangkang menjalani tahanan kediaman.


Kata Datuk Dr Abdul Latiff, langkah berkenaan bagi memastikan kerajaan berlaku adil kepada Anwar susulan tahap kesihatannya yang semakin merosot.


Terdahulu ketika menjawab soalan asal Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Datuk Nur Jazlan berkata Anwar diberikan pelbagai keistimewaan khususnya membabitkan isu kesihatannya.


"Datuk Seri Anwar telah melaksanakan hukuman selama 38 minggu, dalam tempoh itu beliau menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan di Penjara Suangai Buloh sebanyak 33 kali, termasuk doktor dari Hospital Sungai Buloh, penjara dan juga pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).


"Sepuluh kali rawatan itu adalah rawatan fisioterapi. Beliau menerima keistimewaan yang tidak diberikan kepada banduan lain, dan saya harap keluarganya akan memahami bahawa kerajaan sentiasa akan menjaga kesihatan beliau," katanya.


Gesaan supaya Anwar menjalani tahanan kediaman pernah dibangkitkan peguamnya, Encik R. Sivarasa kerana mendakwa bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan akses kepada rawatan yang amat diperlukan beliau.


Wakil peguamnya menyarankan Anwar segera dipindahkan segera ke tahanan kediaman supaya beliau dibenarkan menemui doktornya sendiri bagi mendapatkan rawatan perubatan. - The Malaysian Inside, mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >