NEW YORK: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin sebulat suara bersetuju melaksanakan pelan damai bagi Syria termasuk gencatan senjata dan rundingan antara pemerintah Damsyik dengan pemberontak.
Pelan damai bagi menamatkan konflik yang telah mengorbankan lebih 250,000 orang dan berlarutan hampir lima tahun itu merupakan inisiatif Amerika Syarikat dan Russia.