Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

PBB timbang draf desak Israel akhiri aktiviti penempatan di wilayah Palestin

Feb 17, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang menimbangkan satu draf ketetapan, yang dilihat oleh agensi berita Reuters pada Rabu, yang mendesak Israel supaya "segera menghentikan kesemua aktiviti penempatan di wilayah Palestin yang didudukinya".



Majlis keselamatan yang dianggotai 15 negara itu akan membuat pengundian terhadap teks yang disiapkan oleh Amiriah Arab Bersatu (UAE), bersama pihak berkuasa Palestin, kata beberapa diplomat.



Pemerintah Israel pimpinan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, pada Ahad, telah membenarkan pembinaan sembilan penempatan Yahudi di Tebing Barat yang didudukinya, dan mengumumkan pembangunan secara besar-besaran kediaman baru di penempatan sedia ada.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata beliau "terganggu dengan perkembangan" terbaru itu.



Pada Disember 2016, Majlis Keselamatan PBB telah mendesak Israel supaya menghentikan kegiatan membangunkan penempatannya.



Majlis Keselamatan telah menerima ketetapan tersebut setelah pentadbiran Presiden Barack Obama ketika itu mengundi berkecuali, satu hal yang bertentangan dengan amalan Amerika bagi melindungi Israel daripada sebarang tindakan PBB.



Perwakilan Amerika ke PBB dan wakil Israel ke badan dunia itu tidak memberikan respons segera ketika diminta mengulas tentang draf ketetapan tersebut.



Teks ketetapan itu "mengulangi gesaan bahawa penubuhan penempatan Israel di wilayah Palestin yang didudukinya sejak 1967, termasuk di Timur Baitulmakdis, adalah tidak sah dari segi undang-undang dan merupakan pelanggaran secara terang-terangan di bawah undang-undang antarabangsa".



Ketetapan itu juga turut mengutuk semua percubaan untuk menduduki, termasuk sebarang langkah atau keputusan oleh Israel berkaitan penempatan mereka.



Kebanyakan kuasa dunia melihat kegiatan Israel membina penempatan mereka di wilayah yang ditaklukinya dalam peperangan 1967 itu sebagai tidak sah dari segi undang-undang.



Israel membantahnya dan mengaitkan perkara itu dengan isu keagamaan, sejarah dan politik di Tebing Barat, serta soal kepentingan keselamatan wilayahnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >