PDI-P mendahului kiraan awal Pemilu Indonesia 2014

DENGAN lebih 50 peratus undi telah dikira, Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), pimpinan mantan presiden Megawati Sukarnoputri, mendahului para pesaingnya di Pemilihan Umum (Pemilu) Indonesia 2014 Rabu.

Peninjau pendapat awam berkata, PDI-P, parti pembangkang utama Indonesia yang telah menamakan gabenor Jakarta Joko "Jokowi" Widodo sebagai calon presiden, telah mendapat 19.08 peratus undi, lapor laman web The Straits Times.

Dibelakangnya ialah Golkar, parti mantan presiden Suharto, yang menerima 14.66 peratus; Gerindra (12.13 peratus) yang mencalonkan mantan general Prabowo Subianto sebagai calon presiden; dan Parti Demokratik (9.68 peratus) pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Keputusan tersebut berdasarkan pengiraan awal oleh Saiful Mujani-Lembaga Survei Indonesia.

Keputusan bagi Parti Demokratik mengecewakan kerana pada Pemilu 2009, ia berjaya mendapat 20.9 peratus undi dan 148 kerusi.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.