Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pedofil Britain akui lakukan serangan seks ke atas kanak-kanak di Malaysia

Jun 02, 2016 | 03:28 PM



LONDON/PETALING JAYA: Seorang pedofil (pelaku pedofilia, atau hubungan seks dengan kanak-kanak) Britain menghadapi hukuman penjara seumur hidup pada Rabu (1 Jun) selepas mengaku melakukan rentetan serangan seks ke atas kanak-kanak semuda enam bulan.



Beberapa mangsanya daripada keluarga Kristian miskin di Malaysia.



Richard Huckle, 30 tahun, mengambil gambar dan merakam video dia mendera kanak-kanak dan memuat naiknya ke laman web gelap - bahagian Internet yang sukar diakses yang sering digunakan bagi kegiatan haram.



Penyiasat menemui lebih 20,000 imej tidak senonoh pada komputernya. Huckle juga menyimpan rekod serangannya dan menulis manual yang dinamakan Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide (Pedofilia Dan Kemiskinan: Panduan Pencita Kanak-Kanak).



Maklumat grafik puluhan kesalahan seksual Huckle muncul buat kali pertama pada Rabu apabila perbicaraan bagi penghukuman bermula di London.



Huckle menghadapi 91 pertuduhan, termasuk terhadap 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur, tempat dia menempatkan dirinya sebagai seorang guru bahasa Inggeris.



Sky News berkata Huckle menghabiskan tiga bulan di bawah program penempatan di sebuah gereja Kristian di Kuala Lumpur dalam sebuah kumpulan yang didekatinya di Britain.



Dia kemudian kerap kembali ke Malaysia untuk menawar membantu mengajar di sekolah dan gereja.



Malah, dia juga mula melatih kanak-kanak untuk seks ketika melakukan kerja sukarela di Kuala Lumpur.



Pada 2008, Huckle mengikuti kursus latihan guru singkat bahasa Inggeris di pejabat British Council di Kuala Lumpur. Dia juga muncul dalam video promosi.



Mangsanya berusia antara enam bulan dan 12 tahun dan kesalahan itu dilakukan antara 2006 dan 2014.



Pendakwa Brian O'Neill berkata perbuatannya sering termasuk mengambil gambar kanak-kanak dan memuat naiknya dalam talian.



"Imej penderaan kanak-kanak itu tidak dapat tidak telah dikongsi dengan pelaku pedofilia lain dan oleh itu menjadi subjek pengedaran tidak terkawal di seluruh dunia," tambah Encik O'Neill.



Huckle juga menulis komentar pada imej-imej itu.



Dia ditahan di lapangan terbang Gatwick di London pada Disember 2014 semasa pulang ke Britain dari Malaysia bagi Krismas.



Pada mulanya Huckle menafikan semua 91 tuduhan, tetapi kemudian mengakui bagi 71 tuduhan, termasuk 14 rogol dan 31 serangan seksual.



Hakim Peter Rook berkata beliau sedang menimbangkan hukuman penjara seumur hidup bagi kes itu, yang beliau sifatkan sebagai "serius luar biasa".



Huckle, yang berasal dari Ashford di tenggara England, sedang dibicarakan bagi penghukuman di Mahkamah Jenayah Central London, dikenali juga sebagai Old Bailey, yang dijangka berakhir pada Jumaat (3 Jun).



Laporan kes itu dibataskan sebelum ini kerana penyiasat mahu memastikan keselamatan mangsa daripada pemangsa seksual dalam talian lain. - AFP/The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >