Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai kanan SPRM didakwa pecah amanah libat $9.41j

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Seorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan pecah amanah melibat wang berjumlah AS$6.94 juta ($9.41 juta).



Shahrum Nizam Baharuddin, 41 tahun, tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin.



Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahrum didakwa sebagai penjawat awam iaitu Penguasa Kanan SPRM, dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas matawang AS$6.94 juta dan melakukan pecah amanah terhadap harta berkenaan.



Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik Ketua Cawangan Tindakan Khas (CTK), Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya antara 17 Disember 2018 dengan 9 April 2019, lapor Berita Harian Malaysia.



Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah jaminan diberi ke atas tertuduh kerana membabitkan kesalahan serius selain mendapat liputan media.



Namun, katanya, sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10 juta ($3.24 juta) dengan tiga penjamin terhadap tertuduh.



Tertuduh dalam rayuannya memohon dibenarkan ikat jamin kerana masih bertugas sebagai penjawat awam dan tidak berisiko melarikan diri.



"Tertuduh sudah ditahan sejak September lalu dan sudah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.



"Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai dua anak serta mengalami masalah kesihatan iaitu sakit tulang belakang selain barah hidung," katanya.



Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes.



September lalu, SPRM menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas suruhanjaya itu ketika menyiasatnya pada 2018 telah hilang.



Isnin lalu pula, media melaporkan, seorang pegawai SPRM yang didakwa terbabit dengan kecurian duit berkenaan ditahan di Penjara Simpang Renggam mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).



Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata pegawai itu menjalani hukuman dua tahun disebabkan terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >