Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai keselamatan tembak mati 3 suspek penculik di perairan Sabah

Dec 09, 2016 | 10:07 AM



KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia dipercayai menembak mati tiga lelaki bersenjata dalam satu pertempuran semasa satu percubaan menculik di Merabung, di Teluk Darvel, Lahad Datu, Sabah.



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun, mengesahkan terdapat tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu dalam kejadian pada 9.30 malam pada Khamis (8 Dis).



"Saya akan memberi butiran lengkap kemudian, kami masih mendapatkan maklum balas penuh," katanya.



Satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Semporna pada 10.30 pagi Jumaat (9 Dis).



Satu sumber berkata seorang anggota keselamatan cedera semasa percubaan menculik seorang nelayan, yang dapat diselamatkan, bagi mendapatkan wang tebusan.



Beliau juga berkata tiga penceroboh lain ditangkap dalam kejadian itu.



Enam orang itu dipercayai anggota sebuah kumpulan penculik berpangkalan di Tawi Tawi, sebuah pulau Filipina, yang bertanggungjawab bagi sekurang-kurangnya enam daripada sembilan penculikan bagi wang tebusan di pantai timur Sabah tahun ini. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >