Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai polis AS dituduh dek tembak mati lelaki kulit hitam di Tulsa

Sep 23, 2016 | 12:00 PM



TULSA (Chicago): Pendakwa raya di bandar Tulsa mendakwa pada Khamis (21 Sep) seorang pegawai polis yang menembak mati seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata dengan tuduhan mengakibatkan kematian.



Kejadian Encik Terence Crutcher ditembak pada 16 Sep, yang dirakam oleh kamera papan pemuka dan sebuah helikopter polis, membawa kepada ketegangan antara satu lagi jabatan polis Amerika Syarikat dan masyarakat Afrika-Amerika.



Dalam video tersebut, Encik Crutcher, 40 tahun, dilihat dengan tangannya disandarkan di keretanya. Beliau kemudian ditembak sekali oleh pegawai polis Betty Shelby dan rebah ke tanah.



Dalam makluman mahkamah, ketua penyiasat peguam daerah Tulsa, Encik Doug Campbell, berkata Encik Crutcher ditembak apabila beliau menjulurkan tangannya ke dalam tingkap depan tempat duduk pemandu keretanya.



Seorang lagi pegawai bertindak dengan menggunakan senjata renjat Taser.



Encik Campbell berkata Encik Crutcher mengomel pada dirinya sendiri dan pegawai polis itu membuat kenyataan selepas menembak beliau bahawa dia "bimbangkan nyawanya" semasa kejadian itu.



"Pegawai Shelby bertindak balas secara tidak munasabah dengan memburukkan keadaan daripada konfrontasi dengan Encik Crutcher, yang tidak respon pada arahan lisan dan berjalan beredar darinya dengan tangannya diangkat, menjadi terlibat secara emosional hingga ke titik dia bertindak balas berlebihan," kata Encik Campbell.



Encik Crutcher, yang tidak mempunyai senjata api, meninggal dunia di hospital disebabkan tembakan tunggal ke dadanya.



Shelby menghadapi hukuman minimum penjara empat tahun penjara jika sabit kesalahan.



Kakak kembar mangsa, Cik Tiffany Crutcher, memuji tindakan pantas pendakwa raya itu.



Jabatan Kehakiman Amerika telah memulakan siasatan hak sivil federal berkaitan kes itu, selari dengan siasatan pihak berkuasa tempatan.



Penunjuk perasaan di Tulsa, yang terletak di negeri Oklahoma, menuntut pegawai polis itu dihukum.



Bagaimanapun, bantahan kekal aman setakat ini, tidak seperti di Charlotte, North Carolina, tempat kematian seorang lelaki kuit hitam yang ditembak pegawai polis Selasa lalu mencetuskan pertempuran antara penguat kuasa undang-undang dan penunjuk perasaan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >