Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai polis yang cetus rusuhan kaum di AS letak jawatan

Nov 30, 2014 | 04:21 PM



FERGUSON (Missouri) - PEGAWAI polis yang membunuh seorang remaja kulit hitam berumur 18 tahun dan menimbulkan rusuhan berhubung kaum dan kekejaman polis di Ferguson, telah meletak jawatan, menurut media setempat.


Pegawai polis dari Ferguson, Missouri, Encik Darren Wilson, berkata beliau telah mengundurkan diri kerana keprihatinan keselamatan, menurut surat yang diberikannya kepada jabatan polis dan diterbitkan oleh akhbar harian, St Louis Post-Dispatch.


"Adalah menjadi harapan saya untuk meneruskan kerja sebagai seorang pegawai polis tetapi keselamatan para pegawai polis lain dan masyarakat adalah sangat penting bagi saya," kata surat yang ditulis oleh pegawai berusia 28 tahun itu.


Awal dari itu, peguam Encik Wilson telah membayangkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan daripada pasukan polis dan tidak akan bekerja sebagai seorang pegawai polis lagi.


Encik Wilson telah menembak mati remaja kuli hitam, Michael Brown Ogos lalu selepas berbalah dengannya dan mendakwa melakukannya untuk mempertahankan diri.


Kejadian tembakan itu telah mencetuskan bantahan berbaur perkauman minggu lalu dan merebak ke seluruh negara selepas juri mahkamah memutuskan untuk tidak mendakwa Encik Wilsom dalam penembakan itu.


Para pembantah mendakwa polis Amerika Syarikat lebih mementingkan nyawa kaum kulit putih daripada nyawa mereka berkulit hitam.


"Saya telah diberitahu bahawa sekiranya saya teruskan menjadi polis, ia akan meletakkan para penduduk dan pegawai polis di bandar Ferguson dalam risiko, satu keadaan yang saya tidak akan benarkan.


"Saya berharap supaya pengunduran saya ini akan membolehkan masyarakat untuk pulih," ujar kenyataan Encik Wilson lagi.


Ferguson, sebuah bandar yang mempunyai majoriti penduduk kulit hitam, telah menyaksikan rusuhan dan bantahan selama beberapa hari berturut-turut selepas keputusan juri diumum. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >