PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempersoalkan sama ada terjadi penembusan dalam perbuatan liwat yang didakwa berlaku kerana keterangan Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung bahan pelincir dalam perbuatan itu.
Dalam hujahnya, peguam bela, Datuk Seri Gopal Sri Ram, mantan hakim Mahkamah Persekutuan, berkata berdasarkan keterangan pengadu, Encik Mohd Saiful, di Mahkamah Tinggi, perbuatan itu dilakukan secara kasar serta laju hingga menyebabkan beliau mengalami kesakitan pada dubur dan perut.