Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

25 tahun kemudian, anak wanita itu menjadi peguam juga

Peguam di M’sia imbas kes menyayat hati ibu curi kotak pensel untuk anak

Aug 02, 2023 | 05:34 PM



Apabila seorang peguam (dalam gambar) membantu seorang wanita yang didakwa mencuri sekotak pensel untuk anaknya 25 tahun lalu, beliau tidak menyangka bahawa perbuatannya itu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada masa depan anak wanita tersebut.

Dalam satu kisah menyayat hati, seorang ibu ditangkap kerana mencuri sekotak pensel bernilai RM18 ($5.30) untuk diberikan sebagai hadiah kepada anaknya yang cemerlang di sekolah.

Kisah itu disampaikan seorang pengguna TikTok Amzaharil yang berkata beliau menjadi peguam selama 31 tahun.

Dalam video tersebut, Amzaharil berkata wanita itu telah mencuri sekotak pensel untuk diberikan kepada anaknya yang telah meraih tempat pertama di sekolah.







Menurutnya, wanita itu telah berjjanji dengan anaknya untuk menghadiahkan kotak pensel yang lengkap jika anak itu meraih tempat nombor satu.

Oleh kerana tiada duit, wanita itu ke pasar raya dan mencuri kotak pensel tersebut.

Namun, wanita itu ditangkap.

Amzaharil telah melihat wanita itu apabila beliau dibawa masuk ke mahkamah sambil digari.

Didorong rasa belas kasihan, Amzaharil memutuskan untuk mendapat tahu lebih lanjut tentang kes tersebut lalu pergi ke sekolah anak wanita itu untuk berjumpa guru besar sekolah.

“Saya bertanya tentang budak ini. Dia keluarkan kad laporan dan kad laporan menunjukkan budak itu memang nombor satu. Alamak saya punya sedih la...” kata Amzaharil.

Beliau kemudian mengambil kes itu secara pro bono.

Namun selang beberapa tahun kemudian, Amzaharil berkata beliau dihampiri seorang lelaki yang kerap memerhatikannya dari jauh.

Tidak diduga, lelaki itu mendedahkan bahawa beliau sebenarnya anak lelaki kepada wanita yang telah dibantu peguam itu, dan kini telah menjadi seorang peguam, sama seperti beliau.

Menyifatkan peristiwa itu sebagia yang paling manis, Amzaharil berkata:

“Menjurai air mata saya...disebabkan saya menolong dia, budak itu telah menjadi seorang peguam dan saya selalu berjumpa dengan dia. Kenangan itu tidak akan saya lupakan sampai saya mati.”

Sejak dimuat naik, pos itu telah meraih lebih 74,000 ‘like’ dan lebih 6,500 komen.

Kebanyakan warganet memuji peguam tersebut kerana bersikap baik hati dengan ada yang menitiskan air mata mendengar kisah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >