Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam keluarga Altantuya mahu Najib beri keterangan

Jan 14, 2015 | 04:03 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya, Timbalan Superintenden (DSP) Musa Safri adalah saksi yang berpotensi untuk dipanggil memberi keterangan dalam tuntutan sivil difailkan Setev, bapa kepada model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Peguam, Encik Ramkarpal Singh, yang mewakili Setev, berkata tuntutan undang-undang yang tertangguh sekian lama kini boleh diteruskan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati dua anggota polis berkenaan bersalah atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.


"Najib dan Musa akan disapina untuk memberi keterangan dalam kes ini. Tetapi tidak tahu sama ada mereka akan cuba membuat permohonan untuk dikecualikan daripada datang ke mahkamah," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini, Rabu.


Encik Ramkarpal berkata beliau akan menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menetapkan pengurusan kes bagi membolehkan perbicaraan diadakan secepat mungkin.


"Tuntutan itu ditangguhkan kerana Mahkamah Tinggi mahu perbicaraan jenayah diselesaikan dulu," katanya.


Beliau berkata sabitan bersalah terhadap Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar memberi kelebihan kepada Setev.


"Pendakwaan membuktikan kes mereka melangkaui keraguan munasabah iaitu beban lebih tinggi untuk memastikan sabitan. Dalam tuntutan sivil kami, ia atas keseimbangan kebarangkalian lebih rendah," katanya.


Setev memfailkan tuntutan saman RM100 juta ($37.74 juta) terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah, Sirul dan kerajaan Malaysia pada Jun, 2007.


Abdul Razak, yang mempunyai kaitan rapat dengan Datuk Najib, pada awalnya didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.


Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya Altantsetseg Sanjaa dan 2 cucu lelakinya Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, yang masih di bawah umur.


Pasangan itu adalah penjaga bagi anak Altantuya.


Anak yang bongsu menghidapi penyakit yang memerlukan rawatan yang mahal.


Keluarga itu memohon ganti rugi atas "kesengsaraan, kesedihan, dan keseksaan fizikal dan mental".


Panel 5 hakim di Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakarian menjatuhkan hukuman mati terhadap 2 anggota polis itu selepas membenarkan permohonan rayuan kerajaan dalam kes pembunuhan itu.


Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang membacakan keputusan itu berkata pihak pendakwaan membuktikan wujud keraguan munasabah dalam kes itu.


Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan Azilah dan Sirul dan membebaskan kedua-duanya.


Empat tahun sebelumnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin dalam keputusannya mendapati kedua-duanya bersalah dan menjatuhkan hukuman mati.


Keterangan dalam mahkamah mendedahkan penterjemah warga Mongolia itu sama ada dibunuh oleh letupan C4 atau dibunuh dulu dan mayatnya kemudian dihancurkan pada 18 Oktober, 2006, di Shah Alam, Selangor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >