Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam mogok lapar lepas ditangkap berkaitan dakwaan rasuah Najib

Oct 09, 2015 | 02:35 PM



KUALA LUMPUR: Seorang peguam Malaysia melancarkan mogok lapar selepas ditangkap kerana pelibatannya dalam usaha mendedahkan skandal yang melanda kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Matthias Chang ditahan pada Khamis (8 Okt) di bawah undang-undang keselamatan dalam negeri yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga sebulan.


Beliau mewakili Khairuddin Abu Hassan, bekas ahli Umno yang ditahan bulan lalu di bawah undang-undang keselamatan yang sama selepas beliau melancarkan kempen global untuk mengetengahkan dakwaan rasuah terhadap Najib.


Chang mengeluarkan satu kenyataan menyifatkan tangkapan beliau dan Khairuddin sebagai "taktik kejam" untuk menutup mulut mereka yang bersuara "terhadap kezaliman dan rasuah rejim Najib", dan mengumumkan beliau telah mula enggan makan.


Beliau juga bekas setiausaha politik mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang mengetuai gesaan agar Datuk Seri Najib disiasat. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >