MANILA: Pejabat Presiden Filipina semalam cuba meredakan kegusaran yang tercetus selepas kenyataan Encik Rodrigo Duterte menyamakan dirinya dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler.
Kenyataan Encik Duterte, yang turut menyuarakan kegembiraan untuk menghapuskan tiga juta pengguna dan pengedar dadah di Filipina, telah dikecam Amerika Syarikat, Jerman dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).