HRABOVE (Ukraine): Para pekerja mula mengutip dan mengumpulkan bangkai pesawat MH17 di tapak nahas di bawah penyeliaan penyiasat Belanda dan pegawai daripada Pertubuhan Keselamatan dan Koordinasi di Eropah.
Semua sisa pesawat diletakkan di dalam gerabak kereta api sebelum dihantar ke kawasan dikuasai pemerintah Ukraine di bandar Kharkiv.