PARIS: Seorang pekerja Muslim kelahiran Mali yang menyembunyikan beberapa pelanggan daripada seorang militan bersenjata yang menyerang sebuah pasar raya Kosher di Paris, Perancis, telah diberi kerakyatan negara itu.
Dalam majlis yang dihadiri menteri-menteri kanan Perancis, Encik Lassana Bathily berkata beliau begitu "bangga dan terharu" menjadi rakyat Perancis.