PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung akaun syarikat SRC International Sdn Bhd.
Syarikat itu ialah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).