PETALING JAYA: Beberapa minit sebelum diculik oleh kumpulan bersenjata di sebuah resort dekat Semporna, Sabah, malam Rabu lalu, pelancong China, Cik Gao Hua Yuan, sempat menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada ibunya memberitahu beliau baru lepas mandi.
Bapa Cik Gao memberitahu stesen Radio Rakyat Shanghai bahawa anaknya menghantar mesej itu pada kira-kira 10 malam.