KOTA BAHRU: Seorang pelajar tahun enam dikhuatiri buta mata kanannya akibat terkena serpihan kaca gogal ketika mandi di Sungai Belahak pada Sabtu.
Insiden pada kira-kira 10 pagi itu berlaku apabila mangsa, Mohd Syazwan Afiq Mohd Zaki, dan abang sulungnya, Mohd Syazwan Redza, 14 tahun, serta beberapa rakan mereka mandi di sungai berkenaan.