Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelajar ketuai bantahan senjata api lebih sejuta orang di AS

Mar 25, 2018 | 05:52 PM



WASHINGTON: Lebih sejuta warga Amerika Syarikat   dengan suara bersemangat membanjiri bandar raya di seluruh negara itu pada Ahad (25 Mac waktu Singapura)   untuk menuntut kawalan lebih ketat ke atas penggunaan senjata api.



Bantahan itu diketuai kumpulan remaja dari Sekolah Tinggi Florida, tempat kejadian tembakan yang mengorbankan 17 nyawa bulan lalu.



“Ahli politik sepatutnya mewakili rakyat, jika tidak sila letak jawatan,” kata Cameron Kasky, pelajar Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland dalam ucapan kepada satu perhimpunan besar di Washington.



Kasky  salah seorang pemimpin pergerakan pelajar yang muncul susulan insiden tembakan di sekolah itu pada 14 Februari lalu.



Jumlah besar penunjuk perasaan  turut dilaporkan di Atlanta, Boston, Chicago, Dallas, Denver, Los Angeles, Miami, Minneapolis, Seattle dan lebih 800 bandar lain di seluruh Amerika,  menurut penganjur perhimpunan ‘March For Our Lives’ (Perarakan Bagi Nyawa Kita) itu.



“Pelajar ini akan mengubah Amerika,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio kepada 175,000 orang yang menyertai perarakan itu di New York.



Bagaimanapun, perarakan terbesar adalah di Washington, tempat    penganjur memaklumkan NBC News bahawa lebih 800,000 orang mengambil bahagian dan ia  perhimpunan kawalan senjata terbesar di Amerika sejak ‘Million Mom March’ (Perarakan Sejuta Ibu) pada 2000. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >