HONGKONG: Pelajar Hongkong semalam berikrar akan kekal di tapak bantahan dan meneruskan tuntutan bagi pembaharuan pilihan raya, sehari selepas pengasas pergerakan prodemokrasi Occupy Central meminta pelajar supaya berundur.
Beratus-ratus pelajar masih meneruskan bantahan di tapak bantahan utama di Admiralty, bersebelahan ibu pejabat pemerintah dan kawasan pusat bandar, dan bertekad meneruskan perjuangan mereka bagi pilihan raya yang bebas.