Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelakon Angelina Jolie kritik larangan imigresen Trump

Feb 03, 2017 | 10:40 AM



LOS ANGELES: Pelakon yang juga pejuang hak asasi manusia, Angelina Jolie, berkata pada Khamis (2 Feb) arahan eksekutif Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang menyekat pelancong dari tujuh negara majoriti Islam menyinggung pelarian terdedah dan boleh mencetuskan ekstremisme.



Tanpa menyebut Encik Trump secara langsung, pelakon itu, yang berkhidmat sebagai duta khas Pesuruhjaya Tinggi Bagi Orang Pelarian PBB (UNHCR), berkata dalam sebuah rencana pandangan dalam New York Times bahawa diskriminasi berdasarkan agama adalah perbuatan "bermain dengan api"



Aktres pemenang Oscar itu berkata sebagai ibu enam anak - "semuanya lahir di tanah asing dan... rakyat Amerika yang bangga" - beliau percaya akan keperluan keselamatan negara, tetapi keputusan perlu dibuat "berdasarkan fakta, bukan rasa takut".



"Saya juga ingin anak-anak pelarian yang layak mendapat suaka sentiasa mempunyai peluang untuk menyampaikan hujah mereka kepada sebuah negara Amerika yang ihsan. Dan kita boleh menguruskan keselamatan kita tanpa mengetepikan rakyat seluruh negara - malah bayi - sebagai tidak selamat untuk melawat negara kita atas alasan geografi atau agama," tulisnya.



Arahan eksekutif Encik Trump melarang warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman memasuki Amerika selama 90 hari.



Kemasukan pelarian digantung 120 hari, manakala pelarian Syria dihalang selama-lamanya.



Selebriti Hollywood menggunakan kemasyhuran mereka untuk mengukut larangan presiden itu



Jolie, 41 tahun, memberi amaran bahawa dengan "membayangkan orang Islam kurang memerlukan perlindungan, kita menjana pelampau luar negara".



Beliau dan bekas pasangannya, pelakon Brad Pitt, mempunyai tiga anak angkat dari Kemboja, Vietnam dan Ethiopia, dan tiga anak kandung yang lahir di Perancis dan Namibia. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >