Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelaku serangan berdarah di Atlanta dikatakan hadapi isu ketagihan seks

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



ATLANTA: Seorang lelaki yang mempunyai isu ketagihan seks mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan lapan individu di spa, dekat sekitar bandar itu.



Namun, lelaki itu menafikan serangan bersenjata terbabit didorong sebarang motif perkauman yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat keturunan Asia di Amerika Syarikat.



Ini kerana berdasarkan fakta kes, enam daripada lapan mangsa yang terbunuh dalam insiden malam Selasa lalu berasal dari Asia.



Bagi meredakan kebimbangan orang ramai, pihak berkuasa menjelaskan motif serangan didalangi lelaki berkulit putih, dikenal pasti sebagai Robert Aaron Long, itu masih dalam siasatan dan belum dipastikan.



Pejabat Sherif Daerah Cherokee, Kapten Jay Baker, ketika mengulas berhubung kejadian itu berkata siasatan masih di peringkat awal, namun suspek mengaku bertanggungjawab membunuh individu berkenaan.



"Dia sebenarnya mengalami masalah dianggap sebagai ketagihan seks dan melihat lokasi-lokasi ini sebagai... mengundang tindakan untuk dihapuskan," katanya.



Bersandarkan maklumat diperoleh pegawai penguat kuasa, lokasi Long dikenal pasti dengan mengesan telefon bimbitnya selepas diekori sejauh 240 kilometer dari Atlanta.



Sejurus ditahan, Kapten Baker berkata, lelaki itu memaklumkan dia dalam perjalanan ke Florida untuk melakukan tindakan sama seperti di Atlanta.



Sementara itu, Long, 21 tahun, kelmarin telah dikenakan beberapa tuduhan membunuh.



Kapten Baker memberitahu suspek didakwa dengan empat tuduhan membunuh dan satu tuduhan serangan ganas pada Selasa di sebuah spa di pinggir bandar berhampiran Atlanta, menyebabkan empat maut.



Unit Homisid Jabatan Polis Atlanta kelmarin turut mengumumkan Long juga didakwa dengan empat lagi tuduhan membunuh di dua spa berdekatan di bandar Atlanta.



Presiden Joe Biden berkata keganasan dilakukan terhadap masyarakat Asia-Amerika menimbulkan keprihatinan ramai.



"Saya tahu masyarakat Asia-Amerika di negara ini sangat bimbang, tetapi motif kejadian ini belum ditentukan oleh pihak berkuasa," katanya.



Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi, pula menyifatkan insiden serangan bersenjata itu sebagai berniat jahat dan kejam sehingga mencetuskan ketakutan serta kesakitan dalam kalangan Asia- Amerika setiap hari.



Serangan pada Selasa lalu bermula di Young's Asian Massage di Acworth, kawasan pinggir bandar dekat Atlanta, yang menyebabkan empat orang terbunuh dan seorang lelaki tercedera.



Polis berkata, serangan selanjutnya pula berlaku di spa berdekatan dengan mengorbankan lagi empat wanita. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >