PHUKET: Jerebu yang melanda selatan Thailand kini menjejas pulau peranginan Phuket, dengan pengendali pelancongan di Phuket mengadu mengenai kelewatan penerbangan dan pembatalan percutian.
Jabatan Kawalan Pencemaran Thailand sebelum ini melaporkan jerebu telah menyelubungi ruang udara di tujuh negeri di wilayah tersebut iaitu Narathiwat, Pattani, Phuket, Satun, Songkhla, Surat Thani dan Yala.