Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelanggan kafe jadi tebusan di Sydney

Dec 15, 2014 | 10:18 AM



SYDNEY (Australia): Beberapa pengunjung sebuah kafe di sini dipercayai telah ditahan dan dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata.


Di dinding kaca kafe di Martin Place itu pula kelihatan sebuah bendera yang memaparkan tulisan Arab, lapor laman The Sydney Morning Herald.


Polis menyatakan, mereka sedang menyiasat "kejadian" berdekatan Opera House.


Pasukan polis yang lengkap bersenjata telah menutup kawasan Martin Place yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan dan telah mengepung Lindt Chocolate Cafe itu.


Rakaman televisyen menunjukkan bendera berwarna hitam dan putih dengan tulisan Arab dilekatkan di tingkap oleh pelanggan yang ketakutan.


Dipercayai sekurang-kurangnya 20 orang berada dalam kafe berkenaan dan sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata berada di dalamnya.


Agensi berita AFP pula menukil saksi yang mendengar bunyi kuat seperti tembakan senjata.


Seorang penerbit Channel Seven, Encik Patrick Byrne, yang pejabatnya terletak bertentangan dengan kafe itu berkata, kakitangan stesen televisyen itu menyaksikan kejadian berkenaan.


"Kami berkejar ke arah tingkap dan terperanjat apabila melihat orang mengangkat tangan ke arah tingkap di kafe itu. Sesuatu yang diluar dugaan," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >