Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelarian Karabakh seberang ke Armenia tinggalkan Azerbaijan

Sep 25, 2023 | 02:25 PM



KORNIDZOR: Pelarian etnik Armenia berbondong-bondong meninggalkan Nagorno-Karabakh pada Ahad buat kali pertama sejak Azerbaijan melancarkan serangan baru untuk merampas kawalan wilayah yang dipertikai dan mungkin mengakhiri konflik selama tiga dekad.


Operasi mendadak Azerbaijan yang berakhir pada Rabu boleh menandakan perubahan geopolitik bersejarah, dengan kemenangan Azerbaijan atas pemisah dan pemisah berikrar untuk melucutkan senjata serta Armenia secara terbuka menjauhkan diri dari sekutunya, Russia.

“Semalam, kami terpaksa meletakkan senjata kami. Jadi kami berlalu pergi,” kata seorang lelaki berusia 30an tahun dari perkampungan Mets Shen ketika ditemui bersama kumpulan pertama menyeberangi sempadan dan mendaftarkan diri dengan pegawai Armenia di Kornidzor.

“Kami hanya ada 15 minit untuk mengemas semua barang. Kami tak dapat bawa apa-apa,” katanya dengan penuh kesal kerana terpaksa meninggalkan ternakan dan kubur anak perempuannya yang berusia tiga tahun di Mets Shen sambil melahirkan harapan untuk kembali ke kampung halamannya kelak.

Menurut pemerintah Armenia, menjelang petang Ahad, seramai 377 “orang yang dipindahkan secara paksa” telah menyeberang dari Azerbaijan ke Armenia.

Kebanyakan pelarian yang dilihat adalah wanita dan kanak-kanak, termasuk beberapa orang dari Eghtsahogh, tempat orang mencari perlindungan di sekitar pangkalan pasukan pengaman Russia selepas kampung mereka didakwa ditembak oleh Azerbaijan.

Karabakh, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan, dihuni lebih 120,000 warga Armenia dan telah dikendalikan oleh pentadbiran yang terbentuk sejak sejak awal 1990an selepas perpecahan Soviet Union.

Pemimpin kumpulan pemisah berkata bahawa mereka sedang merundingkan nasib kira-kira 120,000 etnik Armenia dari Nagorno-Karabakh dalam perbincangan dengan pegawai Azerbaijan yang dikendalikan oleh pasukan pengaman Russia.

Orang awam yang berjaya melarikan diri melaporkan masalah kekurangan makanan, air dan bahan api yang disebabkan oleh sekatan selama sembilan bulan oleh Azerbaijan.

Perdana Menteri Armenia, Encik Nikol Pashinyan - yang menjadi sasaran protes berhubung krisis itu - berusaha untuk mengalihkan kesalahan kepada sekutu lama Russia - tanda perpecahan dalam pakatan keselamatan negara itu.

Dalam ulasan yang disiarkan secara nasional, pemimpin Armenia itu berkata bahawa Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang diketuai Russia dan kerjasama ketenteraan-politik Moscow-Yerevan “tidak mencukupi” untuk melindungi negaranya dan sekali gus mencadangkan bahawa Armenia akan mencari pakatan baru.

Anggota CSTO berjanji untuk mempertahankan satu sama lain daripada serangan luar. Tetapi, terperangkap dalam peperangan di Ukraine.

Russia di satu pihak enggan datang untuk membantu Armenia dalam konflik Nagorno-Karabakh dengan alasan bahawa Yerevan sendiri telah mengiktiraf wilayah yang dipertikaikan sebagai sebahagian daripada Azerbaijan. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >