Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelarian Syria di Jerman pulangkan $225,000 yang ditemuinya

Jun 30, 2016 | 12:30 PM



SEORANG pelarian Syria yang tinggal di bandar Minden, Jerman, dipuji selepas beliau menemui wang tunai dan buku simpanan bernilai 150,000 euro ($225,000) dan dengan segera menyerahkannya kepada pihak berkuasa.



Polis Minden berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang dikenal pasti oleh sebuah tabloid Jerman, Bild, sebagai Encik Muhannad M, menemui wang tersebut dalam almari pakaian yang diberi kepadanya oleh badan amal selepas beliau diberi suaka tahun lepas.



Encik Muhannad, yang melarikan diri dari Homs, bandar Syria yang dilanda perang, sedang memasang perabot itu apabila beliau menemui wang tunai 50,000 euro terletak antara dua rak-rak.



Buku simpanan itu, yang mengandungi kira-kira 100,000 euro, pula ditemuinya tersembunyi di bawah sekeping papan.



Encik Muhannad berkata beliau tidak pernah melihat wang sebanyak itu dan telah memeriksa di Internet apakah wang dalam denominasi 500 euro itu wang betul.



Beliau memberitahu Bild wang tersebut cukup untuk membawa dua adik lelakinya ke Jerman, tetapi sebaliknya beliau menyerahkannya kepada pejabat di bandar itu, yang kemudian menyerahkannya kepada polis.



"Allah tidak akan membenarkan saya memenuhi keperluan saya dengan menggunakan kekayaan orang lain," katanya.



Dalam kenyataannya, polis Minden menyifatkan beliau sebagai "wira".



"Anak muda ini berkelakuan yang boleh diteladani dan layak mendapat pujian besar," kata kenyataan itu.



"Orang sering menyerahkan kepada polis wang dalam jumlah kecil yang mereka temui, tetapi bagi jumlah sebesar ini, ia sangat luar biasa."



Polis masih cuba mencari pemilik wang itu, tetapi Encik Muhannad dilaporkan akan menerima ganjaran 3 peratus daripada wang tersebut sebagai penjumpanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >