WASHINGTON: JABATAN Negara Amerika Syarikat telah memulakan langkah membenarkan kemasukan pelarian termasuk warga Syria, seawal hari ini selepas seorang hakim federal menolak larangan sementara pentadbiran Trump terhadap kemasukan pelarian.
Satu e-mel daripada pejabat pelarian Jabatan Negara yang dilihat oleh Reuters pada Sabtu lalu berkata pemerintah sedang bekerjasama dengan pasukan guamannya, agensi dan rakan luar negara untuk mematuhi peraturan itu.