Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelawak jadi presiden Guatemala akibat rakyat bosan ahli politik rasuah

Oct 26, 2015 | 03:21 PM



GUATEMALA CITY: Seorang pelawak, Encik Jimmy Morales, menang besar dalam pilihan raya presiden Guatemala pada Ahad (25 Oktober) walaupun tidak mempunyai pengalaman politik, selepas kempen dibayangi skandal rasuah yang menyingkirkan presiden negara itu.


Encik Morales, pelakon dan personaliti komik televisyen, mengisytiharkan kemenangan beliau apabila pegawai mengumumkan keputusan: 68 peratus undi bagi calon konservatif itu dan 32 peratus bagi bekas wanita pertama Sandra Torres, setelah 97 peratus pusat mengundi membuat laporan.


Ia satu perjalanan luar biasa bagi Encik Morales, yang bermula dengan hanya 0.5 peratus sokongan pada April.


Kempen tersebut digegarkan oleh peletakan jawatan Presiden Otto Perez yang ditangkap atas tuduhan rasuah pada 3 September, tiga hari sebelum undi pusingan pertama.


Perez, yang sedang dipenjara sementara menunggu perbicaraan, dituduh mendalangi rangkaian ahli politik dan pegawai kastam rasuah yang menerima wang daripada ahli perniagaan sebagai ganjaran kerana memberi mereka diskaun haram bagi cukai import. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >