Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelawak Robin Williams meninggal dunia

Aug 12, 2014 | 09:21 AM



LOS ANGELES (Amerika Syarikat): Pelawak terkenal Hollywood, Robin Williams, telah meninggal dunia dipercayai membunuh diri.


Pihak berkuasa Marin County berkata, mendiang ditemui mati di kediamannya di utara California hari ini.


Mendiang berusia 63 tahun.


Presiden Barack Obama melahirkan rasa sedih dan menyampaikan penghargaan dan ucapan takziah beliau kepada keluarga mendiang.


"Robin Williams merupakan seorang juruterbang, seorang doktor, seorang jin, seorang pengasuh, seorang presiden, seorang profesor, penjelmaan Peter Pan, dan segalanya di tengah-tengah. Tetapi beliau adalah seorang yang berbeza," kata Encik Obama.


Pihak koroner berkata, punca kematian masih disiasat tetapi kematian pelakon yang sering membintangi filem jenaka itu dipercayai akibat bunuh diri berkaitan 'asphyxia' atau lemas.


Media Amerika menyatakan, pelakon veteran itu mengalami masalah kemurungan.


Mendiang dianggap salah seorang penghibur paling diminati di Amerika.


Williams mulai mencipta nama menerusi sitcom televisyen "Mork & Mindy".


Beliau kemudiannya beralih ke layar perak dan ditawarkan membintangi filem 1987 bertajuk "Good Morning Vietnam", diikuti pada 1989 "Dead Poets Society" dan 1997 "Good Will Hunting" yang membolehkannya meraih anugerah Oscar bagi kategori pelakon pembantu terbaik. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >