Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelukis Malaysia dituduh kerana gambarkan Najib sebagai badut

Jun 06, 2016 | 03:33 PM



KUALA LUMPUR: Seorang pelukis grafik Malaysia didakwa pada Isnin (6 Jun) melanggar undang-undang multimedia dengan melukis karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut jahat bagi membantah terhadap dakwaan rasuah besar-besaran.



Gambaran Fahmi Reza mengenai Datuk Seri Najib menjadi viral awal tahun ini, dan poster serta imej itu juga muncul di tempat-tempat awam.



Dia didakwa di bawah satu seksyen undang-undang komunikasi dan multimedia Malaysia yang melarang penyebaran kandungan dalam talian yang dianggap bertujuan "menggusarkan, menganiayai, mengugut atau mengganggu" orang lain.



Fahmi, 38 tahun, menghadapi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 ($16,588), kata peguamnya, Encik Syahredzan Johan.



Pelukis itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.



Encik Syahredzan berkata polis juga sedang menyiasat beliau bagi kesalahan menghasut.



Dalam satu pos di Facebook pada Isnin, Fahmi berikrar akan "mempertahankan hak saya mengkritik pemimpin rasuah dengan menggunakan seni sebagai senjata".



Fahmi diberi amaran oleh polis sebelum ini supaya berhenti menghantar imej yang menunjukkan Datuk Seri Najib dengan mekap serbuk putih badut pada mukanya, serta kening melengkung dan mulut bergincu merah darah. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >