Peluru berpandu Korea Utara masuk zon pertahanan udara Jepun: Abe

TOKYO: Sebuah peluru berpandu balistik dari kapal selam yang diuji lancar Korea Utara memasuki zon pengenalan pertahanan udara Jepun buat kali pertama kali, Perdana Menteri Shinzo Abe dilaporkan berkata Rabu (24 Ogos).

"Ini kali pertama peluru berpandu dari Korea Utara dilancarkan dari kapal selam ke dalam zon pengenalan pertahanan udara negara kami," kata Encik Abe kepada pemberita, menurut penyiar awam NHK.

Beliau mengutuk pelancaran oleh Korea Utara itu sebagai "perbuatan melulu", lapoar Jiji Press.

"Ia satu ancaman serius kepada persekitaran keselamatan Jepun," kata Encik Abe kepada pemberita, menurut agensi berita itu.

"Ia adalah satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan, tindakan melulu." - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.