Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemaju Malaysia mahu hadiahkan Lee Chong Wei sebuah kondo

Aug 24, 2016 | 11:16 AM



KUALA LUMPUR: Beberapa hari sebelum berlepas ke Sukan Olimpik Rio 2016, juara badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, pergi ke sebuah bilik pameran di Cheras, Kuala Lumpur, untuk melabur dalam sebuah unit kondominium.



Sekarang, pemaju hartanah tersebut, Orando Holdings, mahu menghadiahkan pemain badminton berusia 32 tahun itu sebuah unit berharga RM1.5 juta ($502,257) kerana sumbangan beliau kepada sukan Malaysia.



Unit tiga bilik tidur seluas 1,100 kaki persegi di kondominium eksklusif Lavile yang dirancang di Taman Maluri itu akan menghadap Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur dan dilengkapi sepenuhnya.



"Pada masa ini, kami tidak mempunyai gelanggang badminton di kondominium itu. Mungkin kita boleh meminta arkitek membina sekurang-kurangnya satu gelanggang, yang kita boleh namakan sempena Datuk Lee Chong Wei," kata Pengarah Urusan Orando, Datuk Eng Wei Chun.



Beliau berkata Lee menunjukkan minat membeli seunit sebelum berlepas ke Brazil, sambil menambah beliau telah membuat keputusan awal untuk memberi unit tersebut kepada atlet itu.



"Saya ingin memberinya secara sukarela. Saya menunggu hingga selepas perlawanan beliau untuk memberitahu beliau," katanya.



"Saya mahu memberi kejutan. Beliau telah melakukan begitu banyak untuk negara," ujar Datuk Eng, sambil menambah beliau berharap ini akan menggalak lebih ramai anak muda Malaysia cemerlang dalam sukan.



Ditanya mengapa Lee satu-satunya atlet Olympik Malaysia dipilih beliau, Datuk Eng berkata ia kerana Lee wajah pasukan sukan antarabangsa Malaysia dan memang sudah berminat membelinya.



"Akan ada peluang lain untuk Olimpik akan datang. Saya melihat ini sebagai tanggungjawab sosial korporat. Kami mahu negara ini mempunyai masa depan cerah dan harmoni. Sukan melakukan itu. Ini cara saya meningkatkan sukan kita bagi masa depan lebih cerah untuk Malaysia," katanya.



Kondominium 38 tingkat itu dijangka siap pada 2020.



Ini bukan satu-satunya ganjaran bagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu kerana kejayaan mendapat tempat kedua di Rio.



Beliau akan menerima RM637,888 daripada Majlis Sukan Negara dan Persatuan Badminton Malaysia, selain sebuah kereta Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium dan sofa urut Osim uDiva Classic.



Beliau juga akan mendapat pencen bulanan RM3,000 seumur hidup. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >