LONDON: Pemandu van yang merempuh jemaah tarawih dekat sebuah masjid di sini pada awal pagi Isnin, hingga menyebabkan 10 mangsa cedera, dua daripada mereka parah, dikenal pasti sebagai lelaki kelahiran Singapura, menurut laporan media tempatan.
Akhbar Britain, The Guardian dan Daily Mirror, mengenal pasti suspek itu sebagai Darren Osborne, 47 tahun, yang tinggal bersama pasangannya dan empat anak di Cardiff, Wales.