Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu AS maut - dek tengok filem lucah semasa memandu

Jan 28, 2016 | 02:04 PM



SEORANG lelaki berusia 58 tahun di Amerika Syarikat mati selepas keretanya terbabas awal pagi Ahad lalu (24 Jan) - dipercayai gara-gara beliau menonton filem lucah di telefon semasa memandu.


Siasatan awal mendedahkan bahawa tumpuan Clifford Ray Jones, yang tinggal di Detroit dan tidak memakai tali pinggang keledar, terganggu oleh filem itu semasa dalam perjalanan ke selatan di lebuh raya Interstate 75 pada kira-kira 3.30 pagi.


Beliau hilang kawalan kereta Toyota itu, dan sebahagiannya dikeluarkan melalui tingkap bumbung apabila kereta tersebut bergolek.


Jones meninggal dunia di tempat kejadian. Dia tidak memakai seluar apabila mayatnya ditemui, polis memberitahu The Detroit News.


Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan itu, yang menurut polis antara yang paling pelik pernah mereka hadapi.


"Ada begitu banyak teknologi di luar sana yang ramai orang beri tumpuan semasa memandu kereta mereka," kata seorang pegawai polis Michigan, Leftenan Mike Shaw, kepada akhbar itu.


"Kami melihat orang memakai mekap, kami melihat orang melakukan pelbagai perkara berbeza hingga menjaga kebersihan, dan hingga membaca buku."


Siasatan polis masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >