Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu S’pura maut dalam kemalangan jalan raya di Phuket, 4 penumpang S’pura lain cedera

Aug 13, 2022 | 07:33 PM



Seorang wanita warga Singapura maut dalam satu kemalangan jalan raya di Phuket, Thailand, pada Jumaat malam (12 Ogos) selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas pelancongan kecil.

The Bangkok Post melaporkan pada  Sabtu (13 Ogos) bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 10.50 malam di daerah Mueang.


Apabila pasukan polis dan penyelamat tiba di tempat kejadian, mereka menemui sebuah Toyota Yaris  rosak teruk dan sebuah bas kecil berwarna putih dengan cermin depan pecah, lapor akhbar itu.

The Bangkok Post melaporkan  Cik Renee Ho Jia Hui, 21 tahun, tidak sedarkan diri di tempat kejadian dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.


Empat lagi warga Singapura di dalam kereta itu cedera.

 Pemandu bas warga Thailand dan dua pemandu pelancong –  seorang warga Thailand dan seorang warga Korea Selatan –  turut cedera.


Kesemua mereka dibawa ke hospital, lapor akhbar itu.


Siasatan awal mendapati  Cik Ho hilang kawalan ke atas kenderaannya semasa memandu menuruni bukit, menyebabkan ia merempuh bas yang membawa sekumpulan pelancong yang telah ke pantai Kata sebelumnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >