Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu teksi 'naik hantu'

Apr 14, 2018 | 05:30 PM



TIGA puluh pemandu teksi dilaporkan cedera sewaktu beratur untuk menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mula diagihkan di Serdang, semalam.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata, 30 pemandu teksi mengalami cedera ringan dalam insiden yang berlaku di Hall C, Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), menurut laporan Harian Metro. 



"Insiden yang tidak diingini ini berpunca daripada segelintir pemandu teksi kerana tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan sewaktu mereka masuk ke dewan pengambilan kad.



"Anggota penguatkuasa SPAD, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan keadaan dapat dikawal sepenuhnya pada 7 malam," katanya.



Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) di stesen minyak Petronas itu turut memberi perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi sehingga RM50,000.



Kad yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, memberi manfaat kepada kira-kira 67,000 pemandu teksi di seluruh negara yang memiliki kad pemandu SPAD yang masih sah dan aktif.



Menurut SPAD, pemandu yang tercedera menerima rawatan serta-merta manakala seorang daripadanya dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya dan kos perubatan individu terbabit akan ditanggung SPAD.



Katanya, kira-kira 12,000 pemandu teksi hadir pada majlis itu dan sebahagian besar daripadanya memberikan kerjasama ketika beratur mengambil kad melalui 60 kaunter yang disediakan.



Berikutan insiden itu, SPAD mengesyorkan pemandu teksi yang belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia untuk mengambilnya di pejabat SPAD di seluruh negara kecuali di ibu pejabat Kuala Lumpur.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >